Pasak Seni Ukiran Kayu
Pasak Seni ialah sebuah perniagaan hiasan dalaman dan luaran. Kami menekankan unsur-unsur kesenian kayu dalam rekaan kami. Kami berkemahiran dalam menghasilkan rekabentuk klasik, eksotik dan tidak lupa juga rekabentuk kontemporari dan moden.
Setelah melakukan pelbagai kajian dan analisis terhadap senibina pertukangan kayu selama kurang lebih 20 tahun, kini Pasak Seni mula beroperasi sepenuhnya dan sudah memenuhi kehendak pelanggan kurang lebih 5 tahun.
Sehingga kini Pasak Seni berjaya menterjemahkan idea-idea klasik dan kesenian tradisional yang dipelopori bijak pandai pertukangan kayu suatu masa dahulu ke era rekaan terkini.

Jamal Ismail
Pengasas Pasak Seni atau nama panjangnya, Pasak Seni Ukiran Kayu. Anak jati Negeri Terengganu dan menetap di Kampung Baru Serada, Kuala Terengganu.
Meminati senibina pertukangan kayu sejak kecil. Kerana minat yang mendalam, segala ilmu dan penelitian diberikan dalam bidang tersebut.
Pernah menuntut dengan beberapa orang tukang kayu tersohor termasuk tokoh seni kraf negara, Tengku Ibrahim Bin Tengku Wook yang memiliki kemahiran seni halus yang tiada tolak bandingnya.
Hasil Kerja






Tempahan
Kami mengutamakan kehendak pelanggan dalam setiap tempahan yang dibuat. Oleh yang demikian pihak kami tidak menggunakan konsep komunikasi melalui email, borang hubungi dan seumpamanya, sebaliknya kami lebih suka berhubung terus dengan para pelanggan melalui telefon dan bersua muka.
Cara ini lebih mudah untuk kami menerangkan tentang khidmat pertukangan dan rekabentuk kami manakala pelanggan juga lebih mudah untuk menterjemahkan hasrat mereka kepada kami.
Hubungi kami terus di talian ini untuk maklumat lanjut:
016 – 986 6616 (Jamal Ismail)
Proses Tempahan
Tempahan yang dilakukan oleh para pelanggan akan melalui beberapa fasa penghasilan sebagaimana berikut:

