
Alhamdulillah..setelah berpenat lelah menghasilkan kalendar ini, akhirnya ia berjaya disiapkan juga. Saya memohon maaf kepada mereka yang menunggu kalendar ini kerana telah terlewat beberapa hari. Bulan 2 yang lepas keadaan kerja saya agak kritikal. Kebetulan pula emak saya diserang penyakit stroke. Sehingga kini pun beliau masih terlantar di atas katil. Namun Alhamdulillah, badannya sihat. Cuma anggota badannya tidak boleh berfungsi dengan baik. Doakan beliau semoga cepat sembuh ya!
Baiklah, berbalik kepada kalendar percuma kali ini. Mac ini adalah bulan cuti sekolah. Al maklumlah kalau bulan cuti sekolah ni, kad jemputan pun banyak. Kalau tak silap setakat ini saya dah dapat 4 jemputan kahwin rakan-rakan. Mereka ni memang buat saya ‘terasa’ tau (ah..janganlah tanya saya bila nak kawin!).
Bersempena bulan sambut menantu dan kerakusan rakan-rakan saya mengikat tali pernikahan, saya dengan rasa iri hati menghasilkan kalendar kali ini dengan tema ‘couple’. Couple yang saya maksudkan di sini adalah untuk pasangan suami isteri.
Memandangkan kad jemputan yang diterima agak banyak, saya khuatir akan terlupa untuk mengingati semuanya. Dan saya yakin anda juga mungkin mengalami masalah yang sama. Untuk itu saya hasilkan kalendar kali ini dengan kotak nota khas yang anda boleh menulis nota di atasnya.

Kalendar Kali ini sebenarnya lebih istimewa berbanding kalendar-kalendar sebelum ini. Terdapat beberapa penambahan baru dalam kalendar ini yang menjadikannya lebih menarik berbanding kalendar sebelum ini.
Apa Perbezaannya?
- Saya sertakan video semasa saya menghasilkannya- Anda boleh tengok langkah demi langkah bagaimana saya menghasilkan kalendar ini.
- File PDF – Ya, saya berikan file PDF kepada anda supaya mudah bagi anda mengubah rekabentuk kalendar ini kepada rekaan grafik mengikut citarasa anda. Saya yakin anda semua memang orang yang kreatif.
- Video tutorial – Ehem…saya sertakan juga video tutorial bagaimana mengubah dan merekabentuk kalendar ini menjadi lebih comel kepada anda.
- Nota – kalendar ini juga dilengkapkan dengan ruang untuk menulis nota atau apa2 tugasan yang anda mahukan.
- Kalendar ini adalah kalendar pertama bertemakan couple..hehehe..
Di bawah adalah video yang direkod semasa saya menyiapkan kalendar tersebut. Jika anda mempunyai masa terluang, silalah tonton video tersebut! Video ini telah dipercepatkan masanya menjadi lebih kurang 8 minit sahaja. Masa sebenar yang saya ambil untuk menghasilkan rekabentuk kalendar ini adalah lebih kurang 2 jam.
Namun banyak masa digunakan untuk mengedit video, menyiapkan file-file yang lengkap dan sebagainya.
Baik, anda boleh download kalendar percuma ini di sini:
Di bawah saya tunjukkan satu video cara-cara meletakkan tulisan, menukar warna, save ke bentuk JPEG, dan sebagainya. Lihat video di bawah jika anda belum tahu cara-cara yang saya nyatakan tadi. Pastikan anda mempunyai perisian Adobe Photoshop untuk mengubahsuai kalendar ini.



salam..sy doakn spya emak awk akan smbuh dgn cept yeaa..,,
n x luper jgk,,jg kshtn dri sndri jgk tau jg pk krje sje..k
[Reply]
Tokei Kreatif Reply:
March 6th, 2010 at 11:57 am
W’salam…
Terima kasih eriene..saya amat menghargai doa awak..
InsyaAllah, saya akn jaga kesihatan diri sebaik mungkin, semoga eriene juga sentiasa dalam rahmat-Nya!
[Reply]
This is known that money can make people independent. But what to do when someone has no money? The only one way is to try to get the loans and just collateral loan.
[Reply]
Salam.. moga segala kebaikan untuk ibumu wan.
Wan! Ini guna Photoshop ke! Pakai drawing tablet right? Model apa ye? excellent la.. never knew PS blh jg drawing & sketch manually like this. superb~
[Reply]
Tokei Kreatif Reply:
March 6th, 2010 at 12:04 pm
W’salam..
Terima kasih Joe, berkat doa rakan2, InsyaAllah ibu saya akan semakin cepat sembuh.
Kartun di atas saya lukis manual di atas kertas. Kemudian saya scan, edit dan warna menggunakan perisian Flash. Hanya untuk grafiknya saya gunakan Photoshop.
Walau bagaimanapun Photoshop juga boleh hasilkan perkara yg sama, cuma untuk drawing saya lebih pantas menggunakan Flash. Oh, tak lupa..saya mmg guna tablet pen!
[Reply]
Cantik dan kemas…
[Reply]
Tokei Kreatif Reply:
March 7th, 2010 at 6:12 am
Thanks Zik!
[Reply]
salam..
sebenarnya wan mmg ada bakat yang semulajadi utk melakar pelbagai karakter. kebanyakan pic yang wan buat suri suka sangat2..comei yoo..
seolah2 mencerminkan hari wan penuh dg keceriaan
semoga berjaya wann.suri akan sentiasa bg sokongan moral selalau
ups..gadis yg bertudung ungu tu cantik kan?? hehe
[Reply]
wanwma Reply:
March 8th, 2010 at 6:02 pm
Masa lukis Wan teringat kat Suri, tentu la perempuan tu jadi cantik..hehehe..terima kasih Suri.
Sokongan dan kata-kata semangat dari rakan2 blogger macam Suri memang memberikan Wan Inspirasi untuk berkarya! Terima kasih!
[Reply]
salam wan n all team kreatif…
rabi nk minta pandangan from u all…
aper yg team kreatif leh suggest to me for my birthday in diz month…hehehe
then2 i want give sumthing special to my bf..
wat ur idea guys…
[Reply]
salam…..nice kalendar ..kemas n sopan ..
[Reply]
A’kum, tahniah di atas wallpaper tersebut. saya sangat menyukainya.
berkaitan dengan penyakit ibu anda.. saya syorkan satu produk.. trylah.. InsyaAllah beliau akan sembuh.
nak tahu emailah saya..
Tq
[Reply]