Terima kasih kepada Cikgu Salleh yang mencetuskan idea kepada saya untuk menghasilkan artikel ini. Dalam artikel ini saya akan berikan sedikit tip bagaimana membina kursus online yang efektif. Kursus online adalah satu cabang perniagaan internet yang menguntungkan. Namun terdapat beberapa perkara perlu diambil kira sebelum membina kursus yang hendak dijalankan. Kali ini saya akan bercerita tentang pengenalan saja…
Kenapa Kursus Online?
Apabila anda membuat keputusan untuk mengendalikan sebuah kursus secara online, anda akan berhadapan dengan pelbagai karenah manusia. Dari kalangan mereka, masih ramai yang tidak pernah mengikuti sebarang kursus secara online. Bukan itu saja, jumlah pengguna internet di Malaysia yang membuat pembelian secara online juga masih kurang berbanding jumlah keseluruhan pengguna internet di negara ini. Bagaimana ingin menyakinkan mereka untuk mengikuti kursus anda? Caranya ialah anda perlu mencari jawapan bagi soalan di atas!
Nyatakan kepada mereka kelebihan mengikuti kursus secara online, adakah kerana ia lebih murah daripada kursus biasa? Adakah kerana ianya boleh diakses bila-bila masa dan di mana saja? Atau ia mempunyai bukti jelas telah berjaya melahirkan ramai penuntut yang berkualiti? Berikan mereka keyakinan untuk mengikuti kursus anda!
Apakah Kursusnya?

Mengendalikan kursus yang berbeza memerlukan pendekatan yang berbeza. Tidak sama kursus perniagaan dengan kursus pendidikan, tidak sama kursus pendidikan tahap sekolah rendah dengan tahap universiti dan begitulah seterusnya. Dalam pembacaan saya, saya menemui satu artikel yang menyatakan si penulis amat bosan mengikuti kursus internet yang hanya menekankan isu-isu pembelajaran. Katanya kursus online perlu lebih interaktif, bukan saja pada kandungannya tetapi termasuklah pada status sosialnya. Maksudnya dia mahukan satu kursus yang membenarkan para penuntut berkomunikasi antara satu sama lain. Cara ini membolehkan mereka berbincang, bertanyakan soalan, memberikan pendapat dan sebagainya.
Bagaimanapun adakah anda rasa sesuai hubungan sosial seperti itu untuk kursus yang disediakan untuk kanak-kanak atau pelajar sekolah? Sudah tentu tidak kerana kelebihan untuk berkomunikasi dengan penuntut lain membuka jalan kepada mereka untuk berhibur dan bersembang kosong. Keadaan ini mengganggu objektif utama kursus di mana penuntut akan menghabiskan banyak masa dengan perkara yang tidak berfaedah.
Kebolehan untuk berkomunikasi itu baik, namun perlu dilihat apakah kursusnya dan siapakah penuntutnya. Jika pelajar sekolah, membuka ruang untuk mereka berkomunikasi dengan tutor adalah langkah terbaik berbanding komunikasi dengan penuntut lain.
Percuma Atau Berbayar?
Sudah tentu kursus yang ingin dijalankan ini mengambil kira soal keuntungan dan kewangan. Namun kursus yang ingin anda kendalikan itu perlu diberi percuma atau berbayar juga menjadi persoalan utama. Sebenarnya samada anda memberikan kursus secara percuma atau berbayar kedua-duanya boleh anda gunakan untuk menjana keuntungan.
Apabila anda memberikan kursus secara percuma anda boleh menjana keuntungan dengan memasang iklan pada web kursus tersebut. Kursus percuma sudah semestinya dapat menarik lebih ramai pelawat atau penuntut berbanding kursus berbayar. Memiliki pelawat atau penuntut yang ramai memberikan kelebihan kepada anda untuk menyewakan tapak pengiklanan kepada para penjual online. Selain itu, terdapat bermacam-macam lagi cara menjana keuntungan dengan laman web anda yang mempunyai ramai pelawat. Anda cuma perlu buat sedikit kajian dan penelitian tentang peluang-peluang yang ada dalam internet.
Menghasilkan kursus berbayar memerlukan kemahiran pemasaran online. Anda perlu tahu bagaimana menarik pelawat menjadi penuntut dan bagaimana meyakinkan mereka untuk membayar anda wang. Kursus berbayar tidak perlu dicampur-adukkan dengan pengiklanan yang menyemakkan persekitaran laman kursus anda. Cukuplah anda mendapat keuntungan dengan menerima bayaran daripada penuntut. Jika mahu memasukkan sedikit iklan, anda perlu tahu teknik-teknik yang betul supaya ia tidak mengganggu penuntut anda. Jangan sampai mereka menganggap anda mahu mengaut keuntungan semata-mata.
Apa Bahannya?
Kursus secara online boleh dibekalkan dalam pelbagai bentuk. Anda boleh hasilkan penulisan yang dihantar melalui email, menulis di blog, menghasilkan ebook dan sebagainya. Selain itu anda juga boleh menghasilkan audio, video dan juga pembelajaran secara terus dengan chatting di YM, Skype dan sebagainya.
Bagaimanapun kesemuanya bergantung kepada apakah kursus yang anda tawarkan. Jika anda tawarkan kursus melukis, saya berpendapat adalah lebih baik anda menggunakan video sebagai bahan pembelajarran. Jom kita perhatikan beberapa contoh video pembelajaran di bawah:
Anda boleh menghasilkan video seperti tutorial di atas. Bercakap terus di depan kamera video dan menggunakan kombinasi multimedia seperti teks sebagai salah satu bahan pembelajaran. Mari kita lihat video di bawah pula:
Video ini lebih mudah dihasilkan. Anda hanya perlu memiliki komputer dan microphone sebagai peralatan. Kemudian anda perlu merekod skrin komputer anda dengan menggunakan perisian khas seperti Camtasia Studio (berbayar), Camstudio (percuma) dan sebagainya.
Terdapat berbagai cara lagi yang boleh anda rujuk dalam internet. Bagaimanapun pastikan ianya sesuai dengan kursus yang anda tawarkan!
Contoh Idea Untuk Menghasilkan Kursus Online
Perasan tak apa yang sedang saya terangkan kepada anda ini pun boleh dijadikan sebagai kursus online. Andaikata saya mahu menukarkannya kepada kursus online, saya boleh berikan tajuk kursus tersebut seperti ini:
Kursus Bagaimana Menukarkan Kemahiran Anda Kepada Bahan Pembelajaran Online
Apa yang akan anda belajar dalam kursus ini?
- Pengenalan Tentang Pembelajaran Atas Talian.
- Bagaimana Menukarkan Kemahiran Anda Kepada Produk Pendidikan?
- Menghasilkan Laman Web Pendidikan Anda
- Mengintegrasi Sistem Pendidikan Secara Auto-pilot
- Menarik Pelawat Yang Berpotrensi
- Menguruskan Bayaran
- Menguruskan Soal Jawab Pelajar Secara Automatik
- Memaksimakan Keuntungan
- Menjadikan Pelajar Anda Pelanggan Setia
- Bonus!!!
Tengok! Menarik bukan! Saya boleh menghasilkan ke semua tutorial di atas jika saya mahu. Tentu ada orang yang nak belajar jika diberi penerangan yang betul, lebih-lebih lagi kalau tutorial itu diberikan secara percuma. Betul tak? Hehehe…
Baik, apa yang saya berikan di atas hanyalah contoh saja. Anda semestinya memiliki kemahiran tersendiri yang boleh ditukarkan kepada bahan pembelajaran yang menguntungkan.
Disebabkan ini ialah blog kedaikreatif.com yang menekankan soal kreativiti, saya senaraikan contoh-contoh idea kemahiran yang boleh anda tukarkan menjadi produk pembelajaran.
- Kursus Jahitan
- Kursus Sulaman
- Membuat Keris
- Roti dan Kek
- Hiasan Roti Dan Kek
- Melukis
- Penulisan Kreatif
- Membina Web Site
- Kuih Kreatif
- Asas Photography
- Hiasan Kertas
- Solekan & Andaman
Begitulah sedikit sebanyak idea yang mungkin berkaitan dengan anda. Apabila anda mahu menukarkan ia menjadi kursus online, pastikan bahan pembelajaran anda mempunyai keunikan tersendiri. Ini kerana kebanyakkan idea yang saya senaraikan di atas, bukan lagi idea, ia telah pun dihasilkan dan telah berada lama di internet. Mungkin kita saja yang tak perasan.
Untuk itu, sekian saja penerangan panjang lebar saya kali ini. Saya akan sambung artikel seterusnya akan datang dengan menekankan hal-hal teknikal pula. Jika anda tidak mahu ketinggalan mengikuti artikel dalam blog ini, pastikan anda memasukkan email anda pada bahagian ‘Langgan Info Kreatif‘ yang disediakan di sebelah.
Terima kasih!






Terima kasihhhh. Tokei. Banyak info berguna. Saya akan praktikkan salah satu cara yang dicadangkan. Ada masa yang sesuai kita boleh “cerita di kedai kopi…tiada hakim tiada saksi” (-,)
[Reply]
Salam online, Cikgu Salleh
Terima kasih atas informasi tentang kursus online. Banyak manfaat yang saya dapatkan dari tulisan Cikgu Salleh. Saat ini, saya sedang mengikuti kursus online yang diadakan oleh DBE 2 dan hampir menyelesaikan kursus yang sedang yang saya buat untuk mata kuliah Penulisan Karya Ilmiah. Terus terang, saya belum mampu membuat video. Karena itu, konten kursus yang saya buat baru berupa power point dan referensi berupa buku. Sekali lagi, saya berterima kasih. Salam saya dari Surabaya
Mintowati, peserta OCD 203, Surabaya
[Reply]