0

Mungkin Ini Adalah Arca Paling Kecil Dalam Dunia Ni!

Kepada sesiapa yang pernah berusaha memasukkan seutas benang ke dalam lubang jarum tentu faham betapa sukarnya memasukkan benang tersebut dalam lubang yang kecil itu. Namun perkara itu bukanlah apa-apa bagi Willard Wigan. Manakan tidak, saiz arca yang dihasilkannya ini lebih kecil dari lubang jarum! Huhu..sungguh menakjubkan!

Arca kecil ini dibuka untuk tempahan kepada sesiapa yang berminat untuk membeli. Harganya pun tak adalah mahal sangat, dalam GBP2000 hingga GBP10,000 sahaja. GBP itu ialah matawang British atau juga dipanggil Pound Sterling. Kalau GBP2000 hingga GBP10,000 tu ditukar kepada RM maka harganya lebih kurang RM9840.30 hingga RM49201.48. Ehem..murah je kan!

Sila tengok gambar-gambar di bawah untuk membuat pilihan.

YouTube Preview Image

Kalau mahu tengok lebih banyak gambar berserta dengan harganya sekali, anda boleh rujuk di sini. Diharap masyarakat kita juga ada yang kreatif macam ni dan membina perniagaan kreatif mereka sendiri!

Related Posts with Thumbnails

CommentLuv Enabled

Spam Protection by WP-SpamFree