Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Wallpaper Kalendar percuma bulan April akhirnya siap juga dihasilkan. Kali ini saya tidak sediakan video proses penghasilannya. Saya agak sibuk untuk melakukan semua kerja serentak ketika ini. Bagi saya kalendar bulan 4 ini adalah kalendar yang paling susah dihasilkan. Maklum saja, terdapat 4 karekter yang dilukis penuh seluruh badan. Huhuhu..saya hasilkan tema keluarga untuk kalendar kali ini atas permintaan rakan-rakan Kedaikreatif.com di facebook.
Sungguh! Saya agak sibuk ketika ini! Bulan ini merupakan bulan exam..banyak juga pelajaran yang perlu diulangkaji (saya ialah seorang pelajar part time di OUM). Saya juga sedang menyiapkan satu produk penting yang dijangka akan dipasarkan pada bulan Mei ini. Selain itu diwaktu rehat saya akan melukis komik yang akan dihantar ke sebuah syarikat penerbitan. Dan yang paling tak tahan adalah untuk menyiapkan design-design (grafik dan hiasan dalaman) para pelanggan yang selalu order last minute (nak kena diorang ni!).
Di sebabkan itu saya bercadang untuk mengadakan pertandingan menghasilkan Wallpaper Kalendar untuk bulan-bulan yang akan datang. Hadiah telah pun saya siapkan. Cuma tinggal beberapa perkara lagi yang perlu dikemaskini. Mungkin dengan cara ini juga saya dapat membantu pelukis-pelukis baru dan para pereka grafik untuk menyebarkan hasil kerja mereka. Percaya atau tidak, menjadi pelukis atau pereka grafik yang dikenali ramai adalah strategi yang baik untuk membina kredibiliti anda!
![]()
![]()
Oh, saya tidak mahu berceloteh panjang lagi. Berbalik kita kepada Wallpaper Kalendar April ini. Dalam wallpaper yang telah siap saya hasilkan ini, saya sertakan juga setiap satu lukisan karekter secara berasingan. Anda boleh guna lukisan itu untuk kegunaan peribadi atau boleh juga digunakan dalam blog, laman web dan apa jua bentuk kecuali untuk menjana keuntungan. Anda tidak dibenarkan menggunakan lukisan itu untuk tujuan komersil. Saya pernah terjumpa lukisan kartun saya dalam pengiklanan akhbar. Tapi syarikat yang menggunakan lukisan itu tidak pernah memaklumkan kepada saya untuk menggunakan hasil kerja saya sebagai bahan promosi. Sekurang-kurangnya minta la kebenaran…namun saya faham. Apa yang diedarkan dalam internet kebanyakkannya akan menjadi bahan percuma yang boleh didapati dengan mudah. Mungkin mereka tidak tahu (atau buat-buat tak tahu..huhu)..tak apa la..
Saya biasanya akan mengambil upah RM50 hingga RM100 untuk satu lukisan seperti ini. Bukan mahal sangat pun..hehe..jadi untunglah anda saya bagi percuma. Bayangkan sekiranya saya guna lukisan Wallpaper ini untuk menghasilkan jadual waktu di tadika dan di sekolah-sekolah rendah. Jika saya mencetak 1000 keping dengan margin keuntungan RM3 setiap satu. Saya boleh dapat untung RM3000! Ini bukan cerita dongeng, rakan kami telah berjaya menubuhkan syarikat sendiri dan mengupah pekerja dengan hasil usahanya mengedarkan bahan-bahan seumpama ini di tadika-tadika berhampiran. Tengok, di sinilah ‘nilainya’ jika anda kreatif menggunakan bahan seumpama ini untuk dikormesilkan. Namun jangan lupa pesanan saya, kartun saya ni tidak dibenarkan untuk dikormesilkan sesuka hati. Maklumkan dahulu kepada saya, ok! Saya tahu rakan-rakan kreatif semua budak-budak baik! hehe.. (^_^)
Baiklah, saya tulis panjang-panjang pun bukan ada orang nak baca. Jadi silalah download Wallpaper Kalendar ini, klik butang di bawah untuk download! Terima kasih kerana menyokong usaha saya!
Sebelum saya terlupa, saya juga menyediakan file asal dalam format PSD iaitu format Adobe Photoshop. Jadi anda boleh mengubah gambar, warna, ayat yang ditulis dan juga saiz mengikut selera anda.
P/s: File yang didownload adalah dalam format Zip. Anda perlu Unzip file tersebut untuk mendapatkan folder asalnya. Rujuk di sini untuk keterangan lanjut.



Salam Wan,
Mengenai pertandingan tu, best gak.
Saya terfikir utk menyumbangkan sumthing.
Klu tak bertanding pun takper, sekadar mencungkil lagi bakat.
Ok tak?
kakeru´s last blog ..Kamu Jangan Give-Up!
[Reply]
Tokei Kreatif Reply:
April 3rd, 2010 at 4:03 am
Wa’alaikumusalam Kakeru..
Orait tu! Saya sangat suka! Saya akan maklumkannya nanti, sebenarnya bukan pertandingan apa pun, saya bercadang utk berikan hadiah kepada semua peserta yang menghasilkan karya dengan bersungguh-sungguh.
Apa pun saya akan maklumkannya nanti! Terima kasih!
[Reply]
kakeru Reply:
April 4th, 2010 at 5:30 pm
Orait, best ape!

Boleh saya send nanti
Thanks Wan,
kakeru´s last blog ..Kamu Jangan Give-Up!
[Reply]
Tokei Kreatif Reply:
April 6th, 2010 at 2:33 am
Hehehe…boleh! dah tentu! sy akn maklumkan apa2 hal berkaitan nanti!
Chomel sgt.
Love it.
Eriyza´s last blog ..Coklat Rokok
[Reply]
Tokei Kreatif Reply:
April 6th, 2010 at 2:34 am
Terima kasih Eriyza! hehehe..gembiranya saya!
[Reply]
salam singgah… terima ksih banyak2
mancai´s last blog ..Apa yang dikenali sebagai “Paradigma”
[Reply]
Tokei Kreatif Reply:
April 6th, 2010 at 2:34 am
Sama-sama mancai! Terima kasih utk saudara juga kerana sudi singgah ke sini!
[Reply]
Tq for the lovely islamic desktop calendar. My husband and I are loving it. Keep up the good work !!!
Wassalam.
[Reply]
Tokei Kreatif Reply:
April 6th, 2010 at 2:32 am
Sama2..syukurlah anda menyukainya! ia menambahkan lagi semangat saya utk terus berusaha!
[Reply]