7

Kertas Graf Dan Grid Percuma-Tak Payah Beli Lagi!

Antara perkara penting dalam menghasilkan produk kreatif ialah ‘tools’ ataupun peralatan yang lengkap untuk kita menghasilkan segala kerja yang berkaitan. Kalau kita seorang juru gambar, kamera adalah alat utama kita, jika kita seorang pereka grafik, mungkin Adobe Photoshop adalah alat penting bagi kita. Bagaimana agaknya kalau benda ni semua tak ada? Maksud saya, ia ada. Cuma kita tak boleh menggunakannya! Waaa…boleh nangis woo! Buat sesetengah orang, peralatan seumpama ini adalah periuk nasi mereka. Tak ada benda alah ni semua, tak berduit la mereka (kata orang, aku pun sama juga..hohoho..).

Kertas graf dan kertas grid adalah salah satu alat penting yang digunakan oleh pelukis pelan, pelukis bunga songket dan sebagainya. Di sini saya ingin kongsikan dengan anda pelbagai jenis kertas graf dan grid yang anda boleh dapatkan percuma di internet, tak payah susah-susah pergi beli dekat kedai Mak Jah lagi (kesian Mak Jah).

Anda boleh lawati laman web ini: Incompetech dan pilih mana-mana kertas graf atau kertas grid idaman hati. Kelebihan yang diberikan kepada kita di sana ialah kebolehan untuk memilih saiz kertas, jenis unit ukuran yang digunakan, warna line dan sebagainya. Ini betul-betul memudahkan kerja kita. Apabila dah siap setkan jenis kertas graf atau kertas grid yang kita mahu, kita boleh mula download file tersebut dan simpan dalam Hard DiskĀ  kita, best kan! Kesemua file yang disimpan boleh diprint bila-bila masa untuk kegunaan kita. Nak jual pun boleh!

Graph-paper

Diharap perkongsian ini dapat memberikan anda kemudahan dan dapat membantu anda dalam menguruskan kerja kreatif anda! Salam hormat dari saya, sekian saja..terima kasih!

Related Posts with Thumbnails
  1. Shahrul says:

    Wah, dh try. Menarik gak, boleh set custom graf paper. Nk guna, print saja.

    [Reply]

    Tokei Kreatif Reply:

    Betul..ia mmg memudahkan kerja kita!

    [Reply]

  2. Alam says:

    memang mudah, terima kasih

    [Reply]

    Tokei Kreatif Reply:

    Sama2..semoga ia byk membantu!

    [Reply]

  3. nitt says:

    hebatttt….thx sbb sudi bkongsi…

    [Reply]

    Tokei Kreatif Reply:

    Sama2, InsyaAllah saya akan cuba kongsikan perkara2 yg dpt memberi manfaat bersama!

    [Reply]

  4. Erry says:

    Terima kasih atas info ni..

    [Reply]

CommentLuv Enabled

Spam Protection by WP-SpamFree