Syukur Alhamdulillah..berakhir juga cabaran ini. Kami sangat gembira dengan sambutan yang amat menarik dari semua fan Kedaikreatif.com di Facebook. Hampir semua kalendar yang dihantar mendapat komen dan pandangan yang membina! Tahniah kepada semua peserta!
Terdapat 17 penyertaan yang dihantar untuk cabaran tersebut. Pelbagai saiz, stail dan teknik digunakan oleh pereka-pereka kreatif. Kami terima semua penyertaan melainkan gambar-gambar biasa yang ditag bukan untuk cabaran ini. Ada juga peserta yang tidak meletakkan tarikh..hehe..tak apa, mungkin mereka agak sibuk. Bagaimanapun untuk mendapatkan hadiah yang kami berikan, setiap perserta perlulah melengkapkan karya masing-masing dengan tarikh yang betul. Kami akan menghubungi para peserta untuk tindakan lanjut. Baiklah, tak guna berbual panjang! Jom semak hasil kerja para peserta!
Karya Pertama Daripada Irfan Faris. 36 LIKE

Karya Kedua Daripada Jinxckecik Little. 31 LIKE

Karya Ketiga Daripada Ahmad Ezaddin Ahmad Salleh. 11 LIKE

Karya Keempat Daripada Kael Ngu. 21 LIKE

Karya Kelima Daripada Yui Bluefox. 21 LIKE

Karya KeenamDaripada Kakeru Ir. 20 LIKE

Karya Ketujuh Daripada Azean Puzi. 48 LIKE

Karya Kelapan Daripada Selo Mio. 40 LIKE

Karya Kesembilan Daripada Eka Indrayanti. 10 LIKE

Karya Kesepuluh Daripada Mohamad Saleh Abdul Rahman. 15 LIKE

Karya Kesebelas Daripada Mohd Amirul Hakim Abdullah. 29 LIKE

Karya Kedua Belas Daripada Ubaidah Amir. 9 LIKE

Karya Ketiga Belas Daripada Putra Napi. 5 LIKE

Karya Keempat Belas Daripada Jinxckecik Little. 15 LIKE

Karya Kelima Belas Daripada Lavendra Ain Hafizah. 35 LIKE

Karya Keenam Belas Daripada Jinxckecik Little. 13 LIKE

Karya Ketujuh Belas Daripada Eka Indrayanti. 13 LIKE

Inilah kesemua 17 Wallpaper yang dihasilkan. Tahniah tidak terhingga kepada saudari Azean Puzi kerana berjaya mendapat undian ‘LIKE’ terbanyak iaitu sebanyak 48 LIKE. Pada pandangan kami sendiri karya yang dihasilkan oleh beliau memang cantik, ringkas dan kemas. Tak lupa juga kepada saudara Selo Mio yang berjaya mendapat 40 LIKE. Kami yakin jika hasil kerja anda tidak memuaskan, tak ramai orang akan klik “LIKE’ untuk anda!
Daripada semua karya yang dihasilkan hanya 2 peserta yang tidak berjaya mendapat hadiah. Ini kerana jumlah ‘LIKE’ yang mereka dapat tidak melepasi angka 10 seperti mana yang telah kami syaratkan. Tak apa, boleh cuba lagi untuk Cabaran Menghasilkan Wallpaper Kalendar Julai 2010 nanti.
Baik, selepas ini kami akan menghubungi semua peserta yang berjaya untuk tindakan lanjut. Diharap semua peserta yang dihubungi nanti dapat memberikan kerjasama yang baik. InsyaAllah..kami akan berikan link download kesemua kalendar yang berjaya kepada para pembaca sedikit masa nanti. Harap sabar menunggu dan terima kasih di atas sokongan anda semua!


Setiap bulan mempunyai pertandingan kalendar ke?
[Reply]
Tokei Kreatif Reply:
June 22nd, 2010 at 12:18 pm
Ia bermula pada bulan Mei yang lepas dan setakat ini masih berlangsung lagi..
[Reply]