Cabaran Menghasilkan Kalendar Julai & Kartun Raya 2010

Cabaran bersama kedaikreatif.com kini bermula lagi! Kali ini kami mengadakan sedikit tambahan terhadap cabaran ini di mana selain daripada cabaran menghasilkan Wallpaper Kalendar Julai 2010, kami juga mula membuka cabaran menghasilkan kartun-kartun raya khas untuk musim perayaan nanti!
Wah! Cepat betul buat kartun raya! Hehehe..sudah tentu, puasa pun dah tak lama lagi..pejam celik, pejam celik dah nak masuk bulan Rejab! Kalau kami lambat bertindak, nanti apa pun tak siap! Jadi kali ni memang ada peluang yang baik kepada mereka-mereka yang suka melukis kartun!
Hadiah Menarik Menanti Anda!
HADIAH UTAMA
Menjadi Ahli VIP Kedaikreatif.com. Berpeluang mendapatkan pelbagai tutorial, grafik dan produk daripada kami bernilai ratusan ringgit!!!
(hanya untuk seorang peserta yang mendapat ‘LIKE’ paling banyak)
HADIAH PERTAMA
Hadiah pertama sama dengan hadiah cabaran kalendar bulan Jun, Semak Di SINI!
(untuk semua peserta yang mendapat 10 LIKE ke atas)
HADIAH KEDUA
Tambahan 3 Koleksi Art Book Baru!
(untuk semua peserta yang mendapat 10 LIKE ke atas)
No. 1 – Koleksi Art Book SNK Characters

No. 2 – Koleksi Art Book Capcom

No. 3 – Koleksi Art Book Final Fantasy IX

Semua Hasil Yang Berkualiti Akan Mendapat Hadiah!
YA!!! Semua rekaan wallpaper kalendar dan kartun raya yang berkualiti akan mendapat hadiah! Cabaran ini bukanlah satu pertandingan, tetapi ia hanyalah satu program memuput semangat untuk berkarya dikalangan penggemar seni dan menyemai bakat individu-individu kreatif selain dari membantu anda berkongsi karya agung anda bersama peminat-peminat karya kreatif!
Cara Untuk Menyertai
Cabaran ini berlangsung di laman sosial Facebook. Anda perlu memuatnaik atau upload karya anda pada page kami di Facebook Kedaikreatif.com. Dengan cara ini dapatlah kami dan fans menyemak dan mengundi karya anda. Betul! Mengundi! Undian dilakukan berdasarkan jumlah ‘Like’ yang anda perolehi. Hanya karya yang mendapat 10 ‘Like’ dan ke atas sahaja yang akan berjaya mendapat hadiah! Anda dibenarkan untuk menghasut rakan-rakan anda supaya klik butang ‘Like’ demi menyokong anda. Walau bagaimanapun kami tetap akan mengadili sendiri keputusan sebenar.
Saiz Wallpaper
Anda perlu menghasilkan wallpaper dengan saiz yang betul. Kami hanya menggunakan 2 saiz dalam menghasilkan wallpaper kalendar kami. Saiz yang digunakan ialah:
1 – 1280 x 800
2 – 1024 x 768
Dengan resolution 72
Hasilkan wallpaper anda dengan kedua-dua saiz di atas. Namun jika anda hanya mahu buat 1 saiz sahaja, gunakan saiz 1280 x 800.
Pastikan anda kecilkan dahulu saiz wallpaper anda sebelum mengupload ke page kami. Ini hanyalah untuk meringankan proses loading. Saiz yang terlalu besar akan membuatkan karya anda mengambil masa yang lama untuk proses loading.
Saiz Kad Raya
Untuk kad raya, tiada saiz tertentu yang ditetapkan. Anda boleh hasilkan apa-apa saiz dan dalam bentuk apa sekali pun. Terpulang kepada anda untuk menghantar kartun kosong tanpa sebarang ucapan raya atau dengan ucapan.
Syarat Dan Peraturan
- Terbuka kepada semua pengguna Facebook.
- Pastikan tiada sebarang unsur lucah, gambar seksi, ganas dan mengancam pihak lain. Unsur Islamik amatlah digalakkan.
- Karya perlulah asli.
- Setelah terpilih, kami berhak menggunakan karya anda untuk apa jua tujuan komersil kami.
Nota:
Karya Kalendar yang terpilih akan kami jadikan Wallpaper Kalendar Percuma kami untuk bulan Julai. Manakala kartun raya itu akan diedarkan oleh kami secara percuma atau berbayar bermula bulan puasa nanti. Semua karya yang dihantar akan menjadi hak milik Kedaikreatif.com. Sesiapa yang terpilih akan kami hubungi melalui inbox Facebook. Dan anda perlulah menghantar karya dengan saiz yang sebenarnya kepada kami supaya kami boleh edarkannya dengan kualiti yang baik! Semua hadiah akan dikirimkan kepada anda melalui email!
Sekian saja! Semoga Berjaya!!!

[...] maklumat lanjut, anda boleh layari laman Facebook KedaiKreatif dan juga blog KedaiKreatif.com sendiri. Mari sertainya bersama-sama, mana tahu kita juga berpeluang untuk mendapat hadiah yang [...]