Pembukaan Kedai
Assalamualaikum w.b.t….
Kedaikreatif.com kini dengan rasminya dibuka bermula dengan post pertama ini. Mungkin tiada seorang pun yang akan membaca artikel ini memandangkan sekarang dah pukul 1.30pagi. Namun inilah artikel pertama dan pembukaan pertama kedaikreatif.com.
Kedaikreatif.com diilhamkan oleh wanwma dengan hasrat menghasilkan sebuah portal perniagaan internet yang berasaskan barangan, perkhidmatan kreatif dan segala perkara yang berkaitan dengan kreativiti yang menarik.
Kedaikreatif.com diharap dapat mengumpul golongan kreatif untuk sama-sama memperluaskan bakat dan minat masing-masing ke dalam dunia perniagaan maya. Pelbagai perkhidmatan diberikan secara percuma kepada semua ahli kedaikreatif.com. Pemberian ini diharap dapat menarik lebih ramai pelawat yang seterusnya berminat menjadi ahli.
Jika selama ini amat sukar bagi seseorang menjual hasil kerja atau pun perkhidmatan mereka kerana sukarnya menghasilkan laman web, kini tidak lagi. Kedaikreatif.com tampil dengan pelbagai kemudahan dan tutorial percuma bagaimana menjual produk dan perkhidmatan dalam laman komuniti ini.
Dengan komuniti yang besar, Insya-Allah semua orang akan mendapat manfaat yang berguna! Semoga kehadiran kedaikreatif.com dapat menyerikan lagi industri perniagaan internet di Malaysia. Salam permulaan, salam perkenalan, salam perjuangan dan salam kejayaan!


salam… satu usaha yang bagus… insyaAllah berjaya…….
[Reply]
salam wan..tahniah atas langkah yg dibuat…selamat berjuang didunia maya..salam usahawan n selamat maju jaya..
iqone_dinie´s last blog ..Jangan Datang Ke Sini Lagi!!!
[Reply]