
Akhirnya tiba juga masanya untuk kami melancarkan Keahlian VIP Kedaikreatif.com. Dengan pembukaan keahlian ini maka bermulalah fasa kedua Kedaikreatif.com dalam pembangunannya menerusi internet. Syukur kepada tuhan di atas kurniaan-Nya sehingga memberikan kami kekuatan untuk memperkukuhkan perniagaan Kedaikreatif.com dari masa ke semasa.
Mungkin ramai yang tidak tahu apakah sebenarnya yang bakal diperolehi oleh para VIP Kedaikreatif.com dan bagaimana untuk menyertainya. Pertama sekali suka saya maklumkan bahawa keahlian ini diberikan percuma kepada semua bekas pelanggan kami yang terdahulu. Mereka-mereka ini akan kami hubungi terus melalui email sedikit masa nanti.
Kepada mereka yang belum pernah menjadi pelanggan kami, anda berpeluang menjadi ahli dengan bayaran yang amat rendah berbanding apa yang bakal anda perolehi. Kami akan mula membuka Keahlian ini pada 25 Jun 2010 dan ianya khas buat fan kami di Facebook sahaja. Pembukaan untuk fan Kedaikreatif.com di Facebook berlangsung dari 25 hingga 30hb Jun 2010 sahaja. Selepas itu ia akan dibuka kepada orang ramai dengan harga yang berbeza.
Apa yang kami maksudkan dengan ‘pembukaan untuk Fan di Facebook’ ialah kerana kami akan mengiklankan pembukaan keahlian ini hanya di Facebook. Dalam tempoh itu juga kami berikan potongan harga yang rendah. Selain itu kami juga menyediakan hadiah percuma buat 10 hingga 20 orang pertama yang meyertai keahlian ini. So, kepada sesiapa yang belum menjadi fan Kedaikreatif.com di Facebook, anda bolehlah menyertai kami sekarang dengan klik di sini!
Jadi apakah yang bakal anda perolehi dengan menyertai Keahlian VIP Kedaikreatif.com?
Banyak perkara yang bakal anda perolehi apabila bersama kami. Antaranya ialah:
- Akses ke ruangan VIP blog ini. Di sini kami sediakan pelbagai produk, grafik, bunga kerawang, ebook, tutorial dan artikel-artikel yang amat berguna dan bernilai ratusan ringgit.
- Anda akan dapat sesetengah produk baru yang kami hasilkan secara percuma. Jika terpaksa membayar sekalipun, anda akan mendapat potongan harga sehingga 50%!
- Mempromosikan perniagaan anda bersama kami. YA! Anda akan menjadi antara orang pertama yang boleh mengiklankan perniagaan anda dalam portal jualan kami. Segala panduan dan langkah-langkah untuk mempromosikan perniagaan anda akan kami sediakan.
- Peluang menjana pendapatan. Dengan meyertai keahlian ini, anda akan dijemput untuk menjadi agen jualan kami secara percuma. Anda tidak perlu menyediakan sebarang produk, artikel promosi dan sebagainya, kami telahpun menyiapkannya untuk anda. Anda cuma perlu mengikut panduan yang kami berikan.
Di bawah adalah antara produk yang bakal anda perolehi:
Ini hanyalah sebahagian daripada apa yang anda akan dapat. Terdapat banyak lagi produk dan tutorial berguna yang akan kami berikan kepada anda dari masa ke semasa.
Bagaimana Keahlian VIP Kedaikreatif.com memberikan anda hadiah?
Setelah menjadi ahli VIP, anda akan dapat masuk ke ruangan khas yang disediakan dalam blog ini. Hanya anda sahaja yang boleh download, baca, belajar dan layari apa saja yang ada di situ. Ahli biasa tidak akan mendapat sebarang kelebihan ini.
Kesemua hadiah, produk dan tutorial akan diberikan secara berperingkat-peringkat. Anda perlulah rajin melayari blog ini untuk melihat perkembangan dan hadiah-hadiah semasa yang diberikan. Bagaimanapun kami akan sentiasa menghantar update terkini ke email anda setiap kali kami memasukkan sebarang item baru.
Beginilah secara ringkasnya tentang Keahlian VIP Kedaikreatif.com. Kami akan maklumkan sebarang perkembangan terkini di sini nanti! Sertailah kami untuk mendapatkan pelbagai kelebihan dan peluang untuk menjana pendapatan bersama kami!


menarik.. mmg kreatif.
sueella´s last blog ..Jauhilah Sikap Sombong
[Reply]
akk mmg nak, adakah kerana kena bukak facebook, hanya yg 20 terawal shj yg dpt
[Reply]
Tokei Kreatif Reply:
June 21st, 2010 at 3:06 pm
yer kak..buat masa ini kami hanya membuka keahlian ini kepada fan di facebook. InsyaAllah akan dimaklumkan di facebook 25 Jun ini..
[Reply]
mana, da mula ke bro?
Joe´s last blog ..Suai Kenal : Adobe Photoshop CS5
[Reply]
Tokei Kreatif Reply:
June 25th, 2010 at 3:18 am
Yup dah mula! Check kat sini: http://www.facebook.com/kedaikreatif?v=app_6009294086&ref=ts
[Reply]