Kalendar 2011 Percuma Dari Kedaikreatif.com
2011 sudah pun tiba. Sebagaimana tahun lepas, tahun ini Kedaikreatif.com mahu hadiahkan pembaca semua kalendar 2011. Lukisan kartun dalam kalendar ini dihasilkan oleh saudara Saurukent Farish. Beliau adalah seorang pelukis muda yang sangat berbakat. Mungkin tidak lama lagi namanya akan mula dikenali para peminat sebagaimana pelukis-pelukis kartun yang tersohor kini.

Kalendar kali ini adalah kalendar dinding yang mana anda perlu print dan tampalkan pada diding bilik anda. Kalau nak guna sebagai kalendar dalam bilik darjah (sekolah) pun boleh! Ia sesuai diprint di atas saiz A3 atau A4, terpulanglah kepada anda. Kami telah menyediakan file yang bersaiz besar supaya gambarnya tidak pecah apabila ia diprint.
Ok, kalendar ini dihasilkan hanya untuk ahli Kedaikreatif.com saja. Kepada mereka yang telah menjadi ahli, kalendar ini telah pun dihantar ke email anda. Sila semak ya! Untuk mereka yang belum menjadi ahli, anda boleh menjadi ahli dengan mendapatkan Majalah Fleksibel yang baru saja lancarkan. Majalah ini percuma saja. Anda boleh dapatkan Majalah Fleksibel dengan klik link yang kami sediakan di bawah:
Klik di sini untuk mendapatkan majalah tersebut.
Anda akan diberikan link download bersama Majalah Fleksibel itu nanti.
