Cabaran Menghasilkan Wallpaper Kalendar 2010

Yeaa! Akhirnya kami akan melancarkan Cabaran Menghasilkan Kalendar 2010 Kedaikreatif.com!

Sebagaimana yang anda tahu, di Blog Kedaikreatif.com kami sentiasa mmenghasilkan wallpaper kalendar percuma setiap bulan. Sehingga kini, terdapat 5 kalendar telah diedarkan bermula Januari sehingga Mei. Sambutan yang diterima daripada para peminat kami amatlah menggalakkan. Syukurlah! Kini kami ingin membuka peluang kepada anda untuk turut serta menghasilkan wallpaper kalendar 2010 dengan gaya anda sendiri. Jom sertai kami dalam menghasilkan wallpaper kalendar 2010 dengan menyertai cabaran ini!

cabaran-kalendar

Cabaran Menghasilkan Wallpaper Kalendar 2010

Cabaran ini terbuka kepada sesiapa sahaja. Samada anda seorang pelukis, perekabentuk grafik, jurufoto, illustrator, animator atau sesiapa sahaja. Anda bebas untuk menghasilkan wallpaper bergambar, kartun, foto editing, grafik photoshop dan sebagainya kerana bermula Jun, kami ingin menambah variasi baru dalam penghasilan wallpaper kalendar kami!

Hadiah Menarik Menanti Anda!

YUP!!! Tak sempurna sesuatu cabaran tanpa habuannya, betul tak? Hehehe..

Untuk cabaran ini kami menyediakan pelbagai hadiah menarik yang pastinya berguna untuk anda! Hadiah diberikan secara pakej! Tiada nombor 1, 2, 3 atau sebarang hadiah saguhati. Semua yang berjaya akan mendapat hadiah yang sama! Apakah hadiahnya?

1- Pelbagai Koleksi Art Book Seperti:

koleksi-art-sweet-day

koleksi-art-Kingdom-Hearts

koleksi-art-tatsuyuki

Dan Banyak lagi…FUH!!

2- Pelbagai Icon Grafik Jualan

bonus-3

3. Koleksi 900 Photoshop Action!

bonus-1

4. Ebook Asas Fotografi (bahasa Melayu)

Asas Photography

Inilah antara hadiah yang bakal anda perolehi dengan menyertai cabaran ini!!!

Semua Hasil Yang Berkualiti Akan Mendapat Hadiah!

YA!!! Semua rekaan wallpaper kalendar yang berkualiti akan mendapat hadiah! Cabaran ini bukanlah satu pertandingan, tetapi ia hanyalah satu program memuput semangat untuk berkarya dikalangan penggemar seni dan menyemai bakat individu-individu kreatif selain dari membantu anda berkongsi karya agung anda bersama peminat-peminat karya kreatif!

Cara Untuk Menyertai

Cabaran ini berlangsung di laman sosial Facebook. Anda perlu memuatnaik atau upload karya anda pada page kami di Facebook Kedaikreatif.com. Dengan cara ini dapatlah kami dan fans menyemak dan mengundi karya anda. Betul! Mengundi! Undian dilakukan berdasarkan jumlah ‘Like’ yang anda perolehi. Hanya karya yang mendapat 10 ‘Like’ dan ke atas sahaja yang akan berjaya mendapat hadiah! Anda dibenarkan untuk menghasut rakan-rakan anda supaya klik  butang ‘Like’ demi menyokong anda. Walau bagaimanapun kami tetap akan mengadili sendiri keputusan sebenar.

Saiz Wallpaper

Anda perlu menghasilkan wallpaper dengan saiz yang betul. Kami hanya menggunakan 2 saiz dalam menghasilkan wallpaper kalendar kami. Saiz yang digunakan ialah:

1 – 1280 x 800

2 – 1024 x 768

Dengan resolution 72

Hasilkan wallpaper anda dengan kedua-dua saiz di atas. Namun jika anda hanya mahu buat 1 saiz sahaja, gunakan saiz 1280 x 800.

Pastikan anda kecilkan dahulu saiz wallpaper anda sebelum mengupload ke page kami. Ini hanyalah untuk meringankan proses loading. Saiz yang terlalu besar akan membuatkan karya anda mengambil masa yang lama untuk proses loading.

Syarat Dan Peraturan

  1. Terbuka kepada semua pengguna Facebook.
  2. Pastikan tiada sebarang unsur lucah, gambar seksi, ganas dan mengancam pihak lain. Unsur Islamik amatlah digalakkan.
  3. Karya perlulah asli.
  4. Setelah terpilih, kami berhak menggunakan karya anda untuk apa jua tujuan komersil kami.

Nota:

Karya yang terpilih akan kami jadikan Wallpaper Kalendar Percuma kami. Nama anda akan dimaklumkan sebagai artis yang menghasilkan karya tersebut. Sesiapa yang terpilih akan kami hubungi melalui inbox Facebook. Dan anda perlulah menghantar karya dengan saiz yang sebenarnya kepada kami supaya kami boleh edarkannya dengan kualiti yang baik!

Contoh Wallpaper Kalendar yang pernah kami hasilkan:

wallpaper-kalendar-kedaikreatif

Baiklah, sekian saja! Semoga anda semua berjaya! Tak sabar rasanya mahu melihat hasil kerja anda! Hehehe..

Related Posts with Thumbnails
  • Share/Bookmark

7 Responses to “Cabaran Menghasilkan Wallpaper Kalendar 2010”

  1. Salam,

    Wah..menarik ni…tp lama dah jari jemari tidak melukis…hehe….cuba skit2 mmg dah keras semacam kayu jerk….tp,kalo mood dtg,jadi jer…hehe.insyaAllah…kalo ada waktu sy join..
    Nozi´s last blog ..Selamat Hari Guru My ComLuv Profile

    [Reply]

    Tokei Kreatif Reply:

    W’salam..hehe, tak apa. Mungkin inilah masanya untuk kembali menggerakkan jari-jemari supaya kembali aktif! Sertailah kami, InsyaAllah dengan ini kita dapat jalinkan ukhuwah yg lebih baik!

    [Reply]

  2. Salam Wan,
    Bila sebenarnya tarikh tutup pertandingan ni eh?
    Konfius lak..huhu…
    kakeru´s last blog ..Sudden Burst Motivation – Whatta Great! My ComLuv Profile

    [Reply]

    Tokei Kreatif Reply:

    W’salam kakeru, tarikhnya ada dalam gambar kat atas tu..hehe

    bermula 17 – 30 mei 2010

    [Reply]

    kakeru Reply:

    Eh, camner leh tak perasan eh..hoho..maaf la Wan :p
    kakeru´s last blog ..Sudden Burst Motivation – Whatta Great! My ComLuv Profile

    [Reply]

  3. Alhamdulillah… tawaran hebat mengerakkan minda kreatif ummat yg minat grafik. Thanks. InsyaAllah saya akan cuba sertai, hari nie baru tau. Tapi saya sangat lemah melukis. Ada tak panduan untuk melukis kartun yg cantik2?
    mohamadSaleh´s last blog ..SINGA @ KAMBING? My ComLuv Profile

    [Reply]

  4. Hamano_Yuusuke June 10, 2010

    Assalamualaikum,nk join gak bleh tak?he he he…

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled

Spam Protection by WP-SpamFree