0

Pertandingan Merekabentuk Logo Baru PSKT

Assalamualaikum rakan kreatif!

Suka saya maklumkan kepada anda semua tentang sebuah pertandingan mencipta logo yang sedang diadakan oleh PSKT. Apa tu PSKT? PSKT ialah singkatan bagi Pusat Sains & Kreativiti Terengganu.

Beberapa tahun lepas mereka juga pernah menempah beberapa rekabentuk hiasan dalaman dengan konsep teknologi dan hi-tech dengan saya. Namun sayang projek ini hanya berjalan separuh jalan sahaja. Katanya tiada budget utk meneruskan kesemuanya (agaknya masa diorang tempah tu diorang tak fikir kot tentang wang budget yang diorang ada? Apa da…)

Namun itu kisah lama..4-5 tahun lepas sewaktu saya menjalankan perniagaan sebagai perunding rekabentuk..sekarang diorang mungkin sudah mengubah struktur pengurusan mereka. Patutlah diorang nak tukar logo. Keterangan tentang pertandingan ini ada saya nyatakan di bawah (dipetik dari http://myadha.blogspot.com/).

professionallogodesign

Jom masuk bertanding! Kalah menang adat pertandingan, yang penting usaha yang kita curahkan demi mengasah bakat berhasil menjadikan kita lebih kreatif!

Ehem..saya mungkin akan turut serta juga dalam pertandingan ini..hohoho..

Keterangan:

Pertandingan Merekabentuk Logo Baru PSKT

Hadiah Pertandingan:-
Pertama : RM 2 500
Kedua : RM 1 000
Ketiga : RM 500

Pemenang akan diberi wang tunai dan sijil penyertaan

Setiap penyertaan mestilah menggunakan borang penyertaan yang disediakan dan diisi dengan lengkap.

CARA MEMOHON:

Dapatkan Borang Penyertaan di kaunter PSKT

atau

DOWNLOAD BORANG :

http://www.ziddu.com/download/9290398/borangpenyertaan.pdf.html

Sila hantarkan penyertaan anda ke alamat di bawah:

Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT)
Pusat Dagangan Terengganu (TTC)
Padang Hiliran,
21100 Kuala Terengganu

http://www.pskt.com.my/

Tel : 09-6264000 (Pn.Zura/Pn.Tg. Nuriah/Cik Azie/En. Razuan)
Faks : 09-6264002

E-mail: Iogopskt@yahoo.com

Tarikh tutup pertandingan ialah pada 29 APRIL 2010.

Related Posts with Thumbnails

CommentLuv Enabled

Spam Protection by WP-SpamFree