Komik Misi 8A – Hadiah Khas Pelajar Cemerlang!
Kali ini saya ingin berbicara sedikit tentang komik. Mungkin komik masih dianggap sebagai hiburan yang ‘sia-sia’ oleh majoriti masyarakat di negara kita. Perkara ini jelas apabila ramai ibu bapa cuba menghalang anak-anak mereka membaca dan meminati komik. Keadaan ini kadang-kadang memberi tekanan kepada anak-anak.
Pada pendapat saya sebagai Tokei Kreatif, ibu bapa sepatutnya lebih peka dengan pembangunan minda kreatif anak-anak mereka. Ramai pelajar yang mempunyai bakat dan minat melukis terpaksa mengabaikan hasrat mereka kerana dihalang oleh kehendak ibu bapa. Ini adalah satu perkembangan tidak sihat yang akan memusnahkan minda kreatif para remaja.
Bagaimanapun sukar untuk menyalahkan ibu bapa memandangkan komik yang dihidangkan ketika ini banyak mengandungi unsur-unsur negatif seperti gaya pakaian yang seksi, aksi pembunuhan yang melampau, sosial budaya yang tidak sihat dan nilai-nilai ketuhanan yang mengarut. Komik-komik seperti ini kebanyakannya adalah komik-komik dari luar negara. Namun kekuatan jalan cerita dan stroke yang cantik telah berjaya mempengaruhi generasi muda dengan nilai-nilai tersebut.
Bagi mengubah fanomena ini, dua beradik iaitu Nazry Salam Feeqry dan Afiq Salam Feeqry tampil dengan komik berbentuk ilmiah yang amat berguna dan menarik untuk dibaca!
Klik pada gambar untuk maklumat lanjut.
Misi 8A! Inilah komik terbaru mereka. Komik yang mengisahkan seorang pelajar yang bermasalah dalam pelajaran berusaha untuk meningkatkan prestasi diri demi mencapai 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Perjalanan cerita diolah dengan baik, nilai-nilai murni juga diterapkan selain unsur-unsur lucu dan kelakar yang mampu membuatkan pembaca sentiasa tersenyum membacanya.
Apa kata insan-insan berpengaruh mengenai komik Misi 8A?
Lihat! Inilah kesan minda kreatif dari perkembangan remaja yang sukakan komik! Komik bukanlah halangan kejayaan sebaliknya cetusan minda ke arah melahirkan generasi yang lebih kreatif. Saya sering mengulang-ulang perkataan kreatif kerana perjuangan melahirkan masyarakat kreatif adalah tanggungjawab saya!
Kita mahu lebih banyak komik-komik seumpama ini dihasilkan oleh generasi muda hari ini. Dengan ini jelaslah kita perlu memupuk minda kreatif generasi yang akan datang dengan memberikan mereka pendedahan yang lebih efektif dalam industri kreatif. Antara langkah terbaik adalah dengan memberi sokongan kepada golongan seperti adik-beradik ini supaya mereka boleh mencetuskan revolusi baru komik di negara kita. Jangan lupa untuk mendapatkan komik Misi 8A ini. Komik ini bolehlah dianggap sebagai hadiah dari pelajar cemerlang untuk melahirkan generasi cemerlang.
Jadilah antara orang terawal memilikinya. Manalah tahu komik ini berjaya ditukar kepada filem ‘live action’ ataupun animasi dengan sokongan anda semua? Siapa tahu, kan!
Klik pada gambar untuk saiz yang lebih besar.
Sekian saja ulasan Tokei Kreatif untuk karya dua anak muda yang memberangsangkan ini. Semoga kreativiti, kesungguhan dan perjuangan mereka menjadi inspirasi kepada generasi muda yang lain.
Wassalam…
Info berkaitan:
Anda boleh dapatkan komik ini secara online di : http://pts.com.my/index.php/buku/misi-8a/
Anda boleh mengenali dua insan berbakat ini di Dunia Feeqry



wow.. idea yang hebat
[Reply]
Tokei Kreatif Reply:
April 26th, 2010 at 2:54 am
betul! idea yg hebat boleh mencetuskan revolusi yg baik!
[Reply]
Yup…satu idea yang bagus untuk memotivasikan pelajar
Anakkubijak.com´s last blog ..Gagal Dulu, Berjaya Kemudian, Berjaya Dulu, Gagal Kemudian
[Reply]
Bakuman rip-off
get ur own ideas.
[Reply]
Whatever. Get ur own life! XD
[Reply]
Komik nih saya bru jer beli… dan baru jer habis baca…. memang gempak dan memberi saya semangat bru untuk belajar bersungguh2…. terima kasih!!
[Reply]
Ainshahirah Reply:
July 25th, 2011 at 2:34 pm
yup..saya pon ingin belajar ^^ bersungguh-sungguh..
tak nak main game 24 jam seperti adik lelaki saya yang nak dekat upsr
[Reply]
Ingin buat komik yang lebih kepada ajaran ilmu tinggi dan islam ^^
[Reply]