7

Facebook Group – Team Kedaikreatif.com

Jika sebelum ini kedaikreatif.com telah membuka ruangan khas fan page kedaikreatif.com di facebook untuk pihak kami maklumkan pelbagai info terkini mengenai kami, kini kami telah membuka satu group khas Team Kedaikreatif.com untuk anda pula memaklumkan informasi berkaitan produk, tutorial, perkhidmatan atau apa-apa idea kreatif dari anda! Syukur ke hadrat Illahi, group Team Kedaikreatif.com sentiasa bertambah saban hari. Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan!

Kenapa kami menghasilkan group Team Kedaikreatif.com sedangkan kami dah ada fan page kedaikreatif.com di facebook? Di sini saya akan terangkan beberapa perkara tentang perbezaan antara Fan Page & Group di facebook. Sebelum itu suka saya nyatakan terlebih dahulu apakah tujuan fan page kedaikreatif.com di facebook dan group Team Kedaikreatif.com.

Fan Page kedaikreatif.com

Ia dihasilkan khas untuk team kami memaklumkan informasi terbaru tentang kami dari masa ke semasa kepada para peminat di facebook. Di sini kami lebih fokus tentang aktiviti kami, bukan aktiviti para peminat. Pelbagai maklumat dinyatakan di wall kami tentang produk kreatif, idea, tutorial dan sebagainya.

Group Team Kedaikreatif.com

Ia lebih kepada perkongsian idea, perniagaan dan informasi yang berkaitan dengan ahli group. Di sini semua ahli group bebas mengiklankan produk masing-masing. Bagaimanapun kami menghasilkannya khas untuk perniagaan yang berkaitan dengan bidang kreatif sahaja. Sayangnya ramai juga ahli yang mengiklankan cara buat duit yang tiada kaitan dengan idea kreatif mereka sendiri.

Perbezaan Group & Fan Page di Facebook

Mungkin masih ramai yang kurang jelas tentang perbezaan antara Fan Page dan Group di Facebook. Di sini saya akan terangkan secara ringkas perbezaan Fan Page dengan Group. Semoga dengan penerangan ini, anda mendapat satu idea kreatif untuk memanipulasikan kelebihan dan kekurangan yang ada pada kedua-dua halaman sosial network ini.

Facebook Fan Page vs Facebook Group

Ciri-ciri Utama

Facebook Page

Facebook Group

URL ‘mengarut’

Tidak

Ya

M’jadi Hos Perbincangan

Ya

Ya

Perbincangan di ‘wall’ dan forum

Ya

Ya

Aplikasi Tambahan

Ya

Tiada

Mesej kpd semua ahli

Ya(mnerusi updates)

Ya (menerusi Msej)

Statistik Pelawat

Ya (“Page insights”)

Tiada

Ahli boleh meletakn gambar & video

Ya

Ya

Acara dan Jemputan “Berkaitan”

Ya

Tiada

Promosi dgn social ads

Ya (perlu bayar)

Tiada

Jika kita perhatikan perbezaan di atas, kita akan mendapati Fan Page mempunyai pelbagai kemudahan tambahan berbanding Group yang hanya membenarkan beberapa intergrasi asas sahaja. Dengan itu jelaslah di sini bahawa Fan Page mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding Group!

Walau bagaimanapun, satu kelemahan utama yang ada pada Fan Page ialah keupayaan untuk menghantar masej. Walaupun kita boleh menghantar update kepada semua ahli, tetapi update itu berada berasingan dengan kotak masej.

fan-pages-vs-group

Menghantar masej kepada ahli di Facebook seumpama menghantar masej kepada para subscriber. Jika kita lihat situasi di atas, peluang untuk kita menyampaikan masej atau sebarang pesanan kepada ahli kumpulan nampaknya kurang efektif. Percaya atau tidak, tak ramai ahli kumpulan yang akan membuka dan membaca sebarang info atau update yang kita hantar melalui Fan Page.

Keadaan ini boleh menyebabkan hampir 90% (anggaran) ahli kumpulan gagal menerima pesanan dari kita. Alangkah ruginya jika kita mempunyai ramai peminat tetapi tidak dapat menyampaikan sebarang maklumat kepada mereka kerana masalah ini! Jadi inilah kelemahan utama Fan Page berbanding Group di Facebook! Bagaimanapun kedua-duanya penting dan efektif jika kita tahu cara memanipulasikannya!

Related Posts with Thumbnails
  1. shah says:

    mm..
    satu info yg bagus
    sy pn dlm plam utk
    membt sndri fan atau group page tersndri satu hari nanti
    ianye berkaitan fotografi perkahwinan
    shah´s last blog ..Majlis perkahwinan shahril dan tina(5.8.2006) My ComLuv Profile

    [Reply]

    Tokei Kreatif Reply:

    Teruskan Shah, ia tidak la susah pun sebenarnya. Mulakan dgn godek2 dulu funtion yg ada kat dlm tu, lepas ni mudahlah kalau dah nak buat yg real punya!

    [Reply]

  2. rohadi says:

    terima kasih kerana berkongsi matlumat….

    [Reply]

  3. Shuk says:

    I did create Fan Page purposely to be displayed on their respective website. Just to alert fans & readers the updates via every respective website upon their visiting. But, 100% effectiveness is not guaranteed.

    [Reply]

  4. Bagus maklumat ini. Terimakasih. Usaha anda kami hargai dan teruskan!
    Hmm.. group Pencinta Ilmu Kejayaan pun enterframe jugak ya.. hehe..

    [Reply]

  5. [...] jantina peminat, menghantarkan update kepada semua peminat dan macam-macam lagi. Anda boleh semak di sini untuk keterangan [...]

  6. khai wan says:

    Erm satu perkongsian ilmu yang menarik.kalau saya la akan memilih group kerana saya lebih mementingkan kualiti.spt yg wan ckp bkn sume yg akan buka fan page tapi berbeza dgn group yg blh mnghantar msg secara terus ke inbox ahli group.thanks wan perkongsian ni.

    [Reply]

CommentLuv Enabled

Spam Protection by WP-SpamFree