Login

    
Login

tentang-team-kreatif

Portal Perniagaan Kedaikreatif.com

Tentang Portal

Dalam web portal ini para pengunjung akan dibekalkan dengan pelbagai produk dan perkhidmatan kreatif dari para usahawan yang beriklan di sini. Semua iklan yang di sediakan di sini perlu mendapat pengesahan daripada pihak kedaikreatif.com. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang penipuan dan kecurigaan.

Pemilikan

Kedaikreatif.com adalah sebuah portal perniagaan kreatif milik penuh Countless Enterprise.

Visi

Hadirnya kedaikreatif.com dalam dunia kreatif dan perniagaan maya adalah untuk menjana perkembangan kedua bidang ini ke tahap yang lebih baik dan memberi manfaat kepada semua orang.

Misi

Dalam menjayakan visi yang telah dirangka, kedaikreatif.com tampil dengan ciri-ciri unik di mana ia merupakan sebuah portal yang membenarkan pengunjung menjadi ahli dan seterusnya memasarkan produk atau perkhidmatan mereka selain dari menjadi pelanggan atau pelawat biasa.

Konsep

Kedaikreatif.com menggunakan konsep blog dalam pembangunan webnya dan menggunakan wordpress sebagai platfom. Penggunaan konsep ini jelas bagi memudahkan para pelanggan dan usahawan kerana konsep yang diperkenalkan oleh wordpress telah terbukti mesra pengguna.

Pelanggan

Untuk para pelanggan, di sini anda hanya dipaparkan dengan produk, perkhidmatan atau sebarang program buat wang yang boleh dipercayai sahaja. Pihak kedaikreatif.com akan membuat kajian ke atas setiap iklan yang dipaparkan oleh para usahawan. Sebarang iklan yang tidak menepati ciri-ciri produk yang digambarkan akan dikeluarkan. Mana-mana usahawan yang tidak boleh dipercayai juga akan dikeluarkan dari kedaikreatif.com.

Selain itu, para pelanggan juga boleh menggunakan khidmat kami untuk menjadi orang tengah jika tidak yakin dengan kreadibiliti para penjual. Kami akan menguruskan bayaran anda kepada penjual dan menghantar produk kepada anda, dengan ini tidak ada sebarang penipuan akan berlaku. Jika produk tidak berjaya diterima oleh anda, wang anda dijamin akan dikembalikan.

Penjual @ Usahawan

Selain dari kemudahan mendapat tapak untuk mengiklankan produk atau perkhidmatan, para usahawan juga dibekalkan dengan ebook panduan menjual, menghasilkan surat jualan yang baik, pelbagai tutorial, perkhidmatan mereka bentuk grafik, menulis surat jualan yang efektif dan sebagainya. Nasihat dan pandangan juga akan diberikan kepada para penjual untuk memastikan kualiti produk dan strategi pemasaran berjaya menawan hati para pembeli.

Pihak kami juga akan mengiklankan produk para usahawan secara berkala dan menawarkan hadiah atau sebarang pertandingan untuk para pembeli bagi melariskan jualan atau perkhidmatan anda. Khidmat ini dijalankan secara sukarela oleh pihak kedaikreatif.com, para penjual atau usahawan tidak perlu membayar sebarang yuran atau upah kepada kami.

Ingin Mengertai Kami? Sila KLIK DI SINI!

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.